Jom Sembang!


ShoutMix chat widget

My Bumblebee....

Monday, March 28, 2011

hAdIaH AllaH uNtuKqU

Adik aku Husna selalu cakap..
"kakak bestlaa jadi kakak semua kakak mint mesti dapat"

sAtu benda yang dikna tak tahu..Allah memakbulkn hajatku kerana doamu kepada aku tak henti2...setiap kali pun kakak pasti dikna mesti doakan kebhagiaan kakak,doa kakak termakbul kerana adanya doamu diatas doaku...

Ibu,
Aku x boleh nak cakap pape..setiap kali aku tringat ibu,aku hanya mmpu berdoa..
Ya Allah kau hadiahkan dia hidup yuang terbaik di akhirat nant..bahagiakan dia dengan sepenuh kasih sayang,rahmat berkatmu...
Ibu aku mmg special..hidupnya berkorban untuk anaknyee saje.Nak beli handbag 30rm pun dia fikir panjang,tp kalo nak beli laptop rm3000 kat anaknye ok je..nak bli iron board harge 15rm unt dy pironkan bju dy g skolah hri2 pun dy pk pnjg,tp kalo anak mint dwet 150 trus bagi..hidupnyaa hanya untuk anaknya..
Ibu aku berhak untuk hidup bahagia di masa tua ni..anak semua dah keje,dah besar..tp namanya ibu,dia xpernah fikir dirinya..inilah ibarat lilin,membakar diri hanya demi menerangi hidup org lain..Ibuku sekarang merupakan pesakit diabetes(kencing manis) sudah ada tanda2 kidney injury dah pun bila aku melihat dirinya,pucat je..hemoglobinnya hanya 9g/mol setiap kali check up..penatnyee hidup tanpa bantuan darah merah yang mencukupi..erithropoitinnya mungkin sudah terganggu akibat krosakan ginjalnya itu..aku sedih melihat kulitnya yang kering,tanda adanya gangguan autonom akibat diabetesnya..aku sedih melihat keluhannya yang selalu sakit perut,dan apabila di chek ke dokter ada fibroid di hempedunya..Tapi siang malam mengajar anak murid,setiap hari memandu sejauh 40km untuk pergi mengajar,hari jumaat sabtu yang seharusnya rehat digunakan untuk menjual keropok,bisnes kecil2an kami..Pernah aku tawarkan untuk mengganti dia meniaga keropok,dia kata nnt org xkenal laa,nnt penatlaa,,kakak xpandailaa..padahal aku tahu,dia taknak anaknya susah..biarlah dia yang susah.Dia taknak melihat anaknya kerja berat..itulah ibuku..sekarang umurnya sudah 51 tahun,walaupun masih muda tergambar jelas diwajahnya..liku2 hidup yang dihadapinya dari muda sampai ketua..aku berharap suatu saat dia relakan dan percayakan kami dan mahu berehat..xperlu fikir pasal dwet lg..xperlu fikir mcmne nak besarkan anaknya..hanya tinggal aku,dikna dan ridha..smga aku mmpu membtu membesarkan ridha suatu saat nnt...setelah semua anaknya kerja..agaknya saat itu baru dy nak berehat..

Aku berharap dia mengecapi kebahagiaan yang terbesar dalam hidupnya disisa2 hidupnya..dan aku pasti itu bukan ditanganku..pastilah itu kehendak yang maha Esa,doaku untuk ibuku akn trus mengalir..Allah tahu,sgala isi langit dan bumi takkan mampu membalas jasanya itu,Tapi aku tahu,ada balasan yang setimpal untuknya diakhirat sana.

Bercakap pasal famili mmg sedih,aku dilahirkan dan dibesarkan dari sebuah keluarga yang sangat tidak berada.Namun atas segala usha ibuku,segala apa yang kami mahukan untuk mencapai kejayaan,tak pernah terhalang.Nak Tuisyen sehebat mane,dapat..nak buku latihan paling baik di Malaysia ..dapat..seghingga hri ini,aku dan kluargaku mampu menjadi orang2 yang memberi manfaat kepada orang lain..
Ayah aku,ex-askar..dgr pun dah thu,mmg dia garang dan penuh disiplin..mungkin kerana takutkan dialah kami belajar berhempas pulas..mmg tegas dan tidak boleh main2 soal belaajr,soal mencapai cita2..dia mmg nak kami berjaya..bukan untuk kemewahanya dihri tua..tp  untuk kebahagiaan anaknya di hari dewasa tatkala dia tiada lagi disini,diharap anaknya tidak menjadi cemuhan orang,menjadi orang yang tidak berguna..mengharapakan sisa2 makanan orang..itulah ayahku..ketegasannya dan kasih sayang ibulah yang menjadikan aku disini..dimana aku berdiri skrg

aku ad seorang kakak,kakak aku seorang yang kuat,sabar,cntik dan sgt membantu kami..Kakak paling sensitif bab ibu,dia banyak bekorban untuk melihat apa yang ibu mahu tercapai..mungkin itulah anak perempuan,kelebihannya anak perempuan lebih merasai kesakitan melahirkan dan akan menyedari segala pengorbanan ibunya..sehebat mana pun kita mmg kita takkan tahu kasih seorng ibu shingga kita merasainya sendiri

Taufik,Ridha,sedqi dan khairul..abang my brothers..mereka semua ada cara tersendiri..setiap seorang perangainya lain2..all of them tinggi dan besar..hensem plak tu..aku pun thu smua brothers aku nk yang terbaik untukku..Inilah namanya syurga dunia..keluarga yang bahagia dibawah rahmat Allah..


Alhamdulillah ya Allah..
selama ini ku mencari2 teman yang sejati buat menemani perjalanan suci
bersyukur kini pada Mu ilahi teman yang dicari selama ini telah ku temui
dengannya dicc perjuangn suci,senang diharungi ,bertambah murni
kasih ilahi..
Kawan2 aku sangat2 membantu dalam hidupku,mengajr aku pengalamn baru dalam hidupku,mengajar aku apa yang tidak diketahui..kalo soal belajar,xpernah pun kedekut ilmu,klo bab menolong,xpernah x twarkan bantuan,klo bab nasihat..mmg selalu mengalir laju di bibirnya demi melihat aku mencapai kjayaan..itulah uniknya kawan,kita tidak pernah ada talian darah,namun kita tetap mengasihi satu sama lain,seolah adik beradik..sahabat aku xpernah mencemuh aku,mengata aku dari belakang,dan kalo pun dia nak mengata..dia berhak kerana aku ni sahabatnya..penuh kekurangan ..sering memerlukan bantuan darinya..mmg aku tidak sempurna..dan bagiku..sahabat2ku sempurna sebagai seorang sahabat..

Itulah hadiah Allah hadiahkan untukku..hidup dikalangan keluarga,kawan2..semua makcik pakci..cikgu2 smuanya hadiah dr Allah untukku..dan aku xkan berenti bersyukur...
blog kali nii menunjukkan..i really miss my fmily

1 comment:

husnataqwa said...

"Ya allah sekalipun kebahagiaan itu terlalu mahal unt Kau beri padaku, janganlah Kau mahalkan kebahagiaan buat abang2ku, kakak2ku dan adikku lebih2 lagi ibu ayahku. Jika kebahagiaan itu ditakdirkan bukan milikku, biarlah kebahagiaan itu milik mereka... ameen..." inilah doaku saban hari unt kalian. =)