Jom Sembang!


ShoutMix chat widget

My Bumblebee....

Friday, June 7, 2013

HijraH di 27 rejab

Hari ini genap 6 bulan sy enjadi dokter(house Officer) di HSI(hospital Sultan Ismail Johr Bahru). Saat yang dirtunggu setelah 6 tahhunn belajar akhirnya menjadi nyata.  Selama 6 bulan saya bekerja saya mmasih belum menemui apa yang saya cari sebelumni.

Pelbagai usaha saya buat agar cita2 saya ni membuatkan saya bahgia. Dengan bayaran gaji yang saya rasa lumayan namun tidak boleh membeli senyuman yang saya tunggu2kan




Selama 6 bulan segala yang terjadi tidak seperti saya duga.

"Saya bencikan Kerja Saya!!"

Setiap hari sebelum pergi kerja saya mesti memeluk suami saya sambiil menitiskan air mata. Bila balik dari kerja saya hanya memeluk suami dan mngalirkan air mata. Suasana kerja saya lansung tidak membuatkan saya bertambah iman malah hanya mengeluh dan mempersalahkan takdir.

Sangat menyedihkan apabila hidup di alam reality dimana kedua2 dunia dan akhirat kita tidak memiliki. Saya paham org selalu cakap,rumah besar kereta besar tapi hati tidak tenang. Itulah yang saya rasakan. Puas saya tnya ibu saya aalah dosa kakak sehingga diuji sebegini. Saya tidak mampu menumpukan dalam pekerjaan dan sering dimarahi kerana tidak mamu menyelesaikan kes2 yang mudah.

Adakah kakak berdosa dengan bu,berdosa dengan bak??apa sebabnya??

Bu pernah cakap,mungkiin kakak ada dosa dengan suami kot....

Tak mungkin,bisik hati saya. Suami saya baik melayani saya,tidak ada rasa tidak puas hati ditunjukkannya. Setiap titis airmata yang keluar beliaulah yang mnyapu dan membelai agar berkurang sedihh dihati. Dia pernah cakap

"Lelaki tidak keluar air mata,tapi HAInya yang menangiis. HATI  suami mana mampu melihat airmata isterinya"

Jadi tidaklah saya merasa saya ada silap dengannya.

Pada 5 Mei,saya dapat tahu saya hamil. SETELAH 2 tahun perkahwinan kami..inilah kali pertama saya melihat 2 garis pada urine test saya








Alhamdulillah.....
Sejak kami tahu kami bakal menjadi ibubpa kami berjanji untuk mnegubah cara hidup,nak tumpukan unntuk mendidik anak kata suamiku. Kami mula berjimat cermat dlm perbelanjaan. Dan kerap suami saya solat hajat untuk dan berdoa agar bertambah iman

Tapi...
Ini tidak bertahan lama
Tanggal 30hb 5 saya keguguran. Itulah satu pengalaman yang paling sakit dan yang paling sedih saya rasakan seumur hidup saya. Saya merasakan seperti seorang ibu yang tidak bertanggung jawab kerana tidak mampu mempertahankan kandungan nya
Saya menyalahkn kerja2 saya di hospital. Saya menyalahkn suami saya-->entah kenapa
Terduduk saya,termenung berfikir apakah hikamh disebalik semua ini. Sudahlah tempat kerja tak membahagiakan,baru je nk bahagia dengan kehadiran org baru,iini yang terjadi...

Akhirnya
Berkat doa semua orang,saya juga kerap mendengar ceramah2 agama dan membaca buku2 motivasi untuk mendapatkan kembali semangat hidup dan memandang semua ni sebagai suatu yang positif. Saya kembali bangun dan berniat agar saya menjadi manusia yang lebih baik kedepannya.

Sejenak suatu ilham dating,

Sejak awal pernikahan lagii,suami saya menyuruh saya menutup aurat dengan sempurna. Bukannya saya degil,tp saya tak tahu macam mana lagi nak menutup dengan sempurna?tudung dah pakai,baju semua longgar2, apa lagi yang tak kena. Jadi selama 2 tahun ni saya abaikan suruhannya itu.

"Kalo nak pakai tudung labuh yang segitiga bidang 60 tu susah nak iron,sush nak pin sana sini. Tak praktikal!!"
Kalo nak pakai tudung yang berawning yang size L tu mcm org tua2,muka saya tak sesuai laa ngan jenis tudung macamtu..lagipun tak cantik kalo size L nii"

:Tudung Labuh bulat??eee macam tudung budak skolah je"

Itulah alasan2 yang sering sya berikan pada suami stp kali dia menasihatkan saya. Suami saya hanya mendiamkan diri. Apa yang dia cakap'

"Suka hati in la nak pakai tudung apa,tapi kalo in nak redha b,pakailah tudung yang menutup aurat dengan sempurna. Pilihla yang mana in rasa sesuai. "

Hanya itu kata2 beliau,saya tidak endahkan,setiap kali keluar dia kan menegur perkara yang sama. Setiap kali itulah alasan2 sya keluar bertubi2.

Hari ini saya terfikir,mungkin inilah yang ibu cakapkan dulu,Saya ada dosa dengan suami saya

"Setiap dosa yang isteri buat adalah ditanggung suaminya"

Masya Allah.....apa aku dah buat ni..Inilah yang membuatkan aku masih tidak mendapat kebahgiaan hakiki agaknya. Sehingga saya menitiskan air mata dan berjanji pada diri saya. MULAI hari ini,saya akan menutup aurat dengan sempurna







"Ramai yang bertudung tapi tidak menutup aurat" Kata2 ustaz Azhar Idrus mengetuk hati saya...Adakah aku termasuk orang2 itu.

Ayat diatas sering dibacakan oleh suami saya...

Mungkin sayalah wanita yang bertudung tapi tak menutup aurat,biasanya saya memakai tudung bawal yang rm10 tu..pastu supaya labuh saya tidak menggayakan macam2,hanya biarkan tudung itu lurus menutup dada




macam ni lah cara saya memakai tudung ...Bagi saya
Ini menutup dada
Ini cukup tebal(tidak menampakkan aurat)
Ini cukup cantik
Ini cukup longgar

Namun.....

Pada pandangan suami saya ini lansung tidak memenuhi kriteria wanita solehah,wanita penghuni syurga...

Hmm....(apa lagi yang dia nak...??)

Akhirnya...

Saya mahu berubah,mahu mengalah, saya tak kisah kalo tudung macam orang tua,macam budak sekolah dan susah nak bergerak @ nak gayakan...biarlah...
Biarlah saya tak cantik dimata orang lain....asalakn saya memikat suami saya
Biarlah macam org tua...tp suami saya melihat saya sebagai penghuni syurga
biarlah macam budak sekolah....tp saya permaisuri dihatinya....


Aku sanggup...
Aku redha....
Aku terima

Jadi,mulai hari ini,saya memohon doa pada Allah agar saya mampu istiqamah memperthankan aurat sebagai seperti yang disyariatkan Allah...
Izinkanlah aku Ya Allah menjadi penyejuk mata suamiku..
Izinkanlah aku Ya Allah menjadi wanita penghuni syurga
Izinkanlah aku YaAllah...merasai nikmat ZUUQ iman..

Ini baru hari pertama ku ingin mencuba,ini adlah langkahku menujuMU
Allah berfirmna,selangkah kami menujuMu,seribu langkah Engkau menghampiri kami..

AMiiinnnn....